BANTAL EMPOK HOMESTAY

Homestay kami mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang dapur dan ruang tamu serta ruang letak kereta di bahagian luar rumah. Antara kemudahan yang disediakan adalah:
3 katil bujang
1 katil kelamin
tilam
kipas
peti sejuk
meja makan (4 orang)
set pinggan mangkuk & cawan
penghawa dingin (bilik tidur utama sahaja)
tuala mandi- terhad
kelengkapan bilik air
seterika
cerek elektrik
ketuhar gelombang mikro
almari pakaian
televisyen
pembakar roti

Semua perabot dan sebahagian peralatan elektrik yang disediakan adalah baru. Sekitar kawasan homestay, terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual makanan tempatan, khususnya makanan masakan Pahang. Juga terdapat pasaraya dan kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian.


Selasa, 10 Mei 2011

CUTI SEKOLAH (28/5 - 12/6)

Salam buat semua. Seperti yang sedia maklum, cuti persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Pada musim inilah keluarga akan mengambil peluang bercuti dan bersiar-siar bersama-sama. Kuantan adalah antara destinasi yang terkenal ketika cuti persekolahan. Antara tarikan yang ada di Kuantan adalah seperti Taman Tema Air Gambang City, Teluk Chempedak, Pantai Sepat, Tanjung Lumpur, pantai Cherating, pantai Batu Hitam, Bandar Kuantan dan Bandar Pekan Bandar Diraja. Selain itu, Kuantan juga terkenal dengan restoran makanan laut yang banyaknya terdapat di Tanjung Lumpur dan sempadan Kemaman.
Bantal Empok Homestay Kuantan ingin mengambil kesempatan untuk menawarkan penginapan yang selesa dan berpatutan kepada anda untuk musim cuti sekolah ini. Walaupun tempahan sudah dibuat seawal bulan April untuk musim cuti sekolah akan datang ini, kami masih mempunyai kekosongan pada hari-hari berikut:
Mei- 28,29,30,31
Jun- 1,2,6,7,8,9,10,11,12.

Jangan lupa membuat tempahan awal untuk mengelakkan daripada tempahan penuh. Kami mengalukan kedatangan anda ke Bantal Empok Homestay Kuantan.

Khamis, 28 April 2011

Salam buat semua. Alhamdulillah, nampaknya sambutan terhadap homestay kami amat menggalakkan. Kami sarankan bagi sesiapa yang nak buat booking, eloknya buat booking awal terutama bila cuti sekolah atau ada cuti umum. Kami memohon maaf kepada anda yang menelefon untuk membuat booking untuk hari minggu (isnin cuti ganti hari buruh) ini kerana tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk menyewa. Namun begitu, kami berterima kasih kerana memilih homestay kami sebagai pilihan tempat persinggahan anda.
Atas sebab tersebut, berikut adalah tarikh-tarikh yang telah ditempah untuk pengetahuan semua:

a) 29/4 - 2/5
b) 14/5 - 15/5
c) 3/6 - 5/6
d) 11/6 - 12/6

Selain dari tarikh di atas, belum ada tempahan dibuat. Sekiranya anda berminat nak buat booking boleh call kami atau email. Buat pengetahuan juga, harga Rm120 kami hanya sehingga akhir bulan Jun 2011.

Isnin, 18 April 2011

KEMUDAHAN BARU

Salam kepada semua. Kami telah memuat turunkan gambar-gambar terbaru kemudahan yang kami sediakan. Dengan kemudahan-kemudahan baru ini, kami berharap agar pelanggan kami akan lebih selesa dan berpuas hati sepanjang berada di homestay kami, bersesuaian dengan harga yang kami tetapkan.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke homestay kami.

Jumaat, 8 April 2011

HARGA BARU

Promosi harga pembukaan telah berakhir. Bermula bulan April 2011, ini adalah senarai harga baru kami:
a) Sebuah rumah- RM120
b) Bilik tidur utama sahaja- RM90
c) Bilik tidur 2 & 3- RM80.

Untuk pengetahuan semua, harga homestay kami (setakat ini) adalah yang terendah berbanding dengan homestay lain di kawasan sekitar yang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang sama/hampir sama.

Kami juga dalam proses membuat beberapa perubahan dan tambahan kemudahan.Tujuan adalah untuk keselesaan dan kepuasan pelanggan yang menggunakan homestay kami. Gambar terbaru akan kami muat turunkan selewat-lewatnya akhir minggu depan.

Kami masih mempunyai kekosongan tempahan untuk bulan April ini. Namun begitu, bagi mereka yang ingin membuat tempahan untuk bulan Mei 2011, kami sarankan untuk membuat tempahan awal kerana Mei adalah bulan cuti sekolah. Untuk membuat tempahan, bolehlah menelefon kami di +60122969560 atau +60199851812.

KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA KE HOMESTAY KECIL KAMI INI.

Khamis, 24 Mac 2011

HARGA PEMBUKAAN

Kami menawarkan harga yang sangat berpatutan sempena pembukaan kami. Berikut adalah senarai harga:
a) Sebuah rumah- RM110 satu malam
b) Bilik tidur utama sahaja- RM80 satu malam
c) Bilik tidur 2 & 3 sahaja- RM70 satu malam

Untuk (b) dan (c), ruang yang lain seperti ruang dapur dan ruang tamu adalah termasuk.

Waktu daftar masuk- Selepas pukul 2 petang
Waktu daftar keluar- Sebelum pukul 12 tengahari.

Walaubagaimanapun, kami memberi peluang untuk daftar masuk awal dan daftar keluar lewat, bergantung kepada kekosongan.

KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA SEMUA KE HOMESTAY KAMI.