BANTAL EMPOK HOMESTAY

Homestay kami mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang dapur dan ruang tamu serta ruang letak kereta di bahagian luar rumah. Antara kemudahan yang disediakan adalah:
3 katil bujang
1 katil kelamin
tilam
kipas
peti sejuk
meja makan (4 orang)
set pinggan mangkuk & cawan
penghawa dingin (bilik tidur utama sahaja)
tuala mandi- terhad
kelengkapan bilik air
seterika
cerek elektrik
ketuhar gelombang mikro
almari pakaian
televisyen
pembakar roti

Semua perabot dan sebahagian peralatan elektrik yang disediakan adalah baru. Sekitar kawasan homestay, terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual makanan tempatan, khususnya makanan masakan Pahang. Juga terdapat pasaraya dan kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian.


Jumaat, 8 April 2011

HARGA BARU

Promosi harga pembukaan telah berakhir. Bermula bulan April 2011, ini adalah senarai harga baru kami:
a) Sebuah rumah- RM120
b) Bilik tidur utama sahaja- RM90
c) Bilik tidur 2 & 3- RM80.

Untuk pengetahuan semua, harga homestay kami (setakat ini) adalah yang terendah berbanding dengan homestay lain di kawasan sekitar yang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang sama/hampir sama.

Kami juga dalam proses membuat beberapa perubahan dan tambahan kemudahan.Tujuan adalah untuk keselesaan dan kepuasan pelanggan yang menggunakan homestay kami. Gambar terbaru akan kami muat turunkan selewat-lewatnya akhir minggu depan.

Kami masih mempunyai kekosongan tempahan untuk bulan April ini. Namun begitu, bagi mereka yang ingin membuat tempahan untuk bulan Mei 2011, kami sarankan untuk membuat tempahan awal kerana Mei adalah bulan cuti sekolah. Untuk membuat tempahan, bolehlah menelefon kami di +60122969560 atau +60199851812.

KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA KE HOMESTAY KECIL KAMI INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan