BANTAL EMPOK HOMESTAY

Homestay kami mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang dapur dan ruang tamu serta ruang letak kereta di bahagian luar rumah. Antara kemudahan yang disediakan adalah:
3 katil bujang
1 katil kelamin
tilam
kipas
peti sejuk
meja makan (4 orang)
set pinggan mangkuk & cawan
penghawa dingin (bilik tidur utama sahaja)
tuala mandi- terhad
kelengkapan bilik air
seterika
cerek elektrik
ketuhar gelombang mikro
almari pakaian
televisyen
pembakar roti

Semua perabot dan sebahagian peralatan elektrik yang disediakan adalah baru. Sekitar kawasan homestay, terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual makanan tempatan, khususnya makanan masakan Pahang. Juga terdapat pasaraya dan kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian.


Khamis, 28 April 2011

Salam buat semua. Alhamdulillah, nampaknya sambutan terhadap homestay kami amat menggalakkan. Kami sarankan bagi sesiapa yang nak buat booking, eloknya buat booking awal terutama bila cuti sekolah atau ada cuti umum. Kami memohon maaf kepada anda yang menelefon untuk membuat booking untuk hari minggu (isnin cuti ganti hari buruh) ini kerana tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk menyewa. Namun begitu, kami berterima kasih kerana memilih homestay kami sebagai pilihan tempat persinggahan anda.
Atas sebab tersebut, berikut adalah tarikh-tarikh yang telah ditempah untuk pengetahuan semua:

a) 29/4 - 2/5
b) 14/5 - 15/5
c) 3/6 - 5/6
d) 11/6 - 12/6

Selain dari tarikh di atas, belum ada tempahan dibuat. Sekiranya anda berminat nak buat booking boleh call kami atau email. Buat pengetahuan juga, harga Rm120 kami hanya sehingga akhir bulan Jun 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan