Kami menawarkan harga yang sangat berpatutan sempena pembukaan kami. Berikut adalah senarai harga:
a) Sebuah rumah- RM110 satu malam
b) Bilik tidur utama sahaja- RM80 satu malam
c) Bilik tidur 2 & 3 sahaja- RM70 satu malam
Untuk (b) dan (c), ruang yang lain seperti ruang dapur dan ruang tamu adalah termasuk.
Waktu daftar masuk- Selepas pukul 2 petang
Waktu daftar keluar- Sebelum pukul 12 tengahari.
Walaubagaimanapun, kami memberi peluang untuk daftar masuk awal dan daftar keluar lewat, bergantung kepada kekosongan.
KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA SEMUA KE HOMESTAY KAMI.
Bantal Empok Homestay Kuantan baru sahaja dibuka pada Januari 2011. Bantal Empok Homestay terletak hanya 7 kilometer dari Bandar Kuantan dan 1 kilometer dari simpang ke Bandar Pekan. Bantal Empok Homestay Kuantan mempunyai 3 bilik tidur,2 bilik mandi,dapur dan ruang tamu,amat sesuai untuk keluarga dan kumpulan. Dengan kadar sewa dari RM70-RM130 satu malam, Bantal Empok Homestay Kuantan pasti dapat memberikan penginapan yang selesa dan berpatutan.
BANTAL EMPOK HOMESTAY
Homestay kami mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang dapur dan ruang tamu serta ruang letak kereta di bahagian luar rumah. Antara kemudahan yang disediakan adalah:
3 katil bujang
1 katil kelamin
tilam
kipas
peti sejuk
meja makan (4 orang)
set pinggan mangkuk & cawan
penghawa dingin (bilik tidur utama sahaja)
tuala mandi- terhad
kelengkapan bilik air
seterika
cerek elektrik
ketuhar gelombang mikro
almari pakaian
televisyen
pembakar roti
Semua perabot dan sebahagian peralatan elektrik yang disediakan adalah baru. Sekitar kawasan homestay, terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual makanan tempatan, khususnya makanan masakan Pahang. Juga terdapat pasaraya dan kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian.
3 katil bujang
1 katil kelamin
tilam
kipas
peti sejuk
meja makan (4 orang)
set pinggan mangkuk & cawan
penghawa dingin (bilik tidur utama sahaja)
tuala mandi- terhad
kelengkapan bilik air
seterika
cerek elektrik
ketuhar gelombang mikro
almari pakaian
televisyen
pembakar roti
Semua perabot dan sebahagian peralatan elektrik yang disediakan adalah baru. Sekitar kawasan homestay, terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual makanan tempatan, khususnya makanan masakan Pahang. Juga terdapat pasaraya dan kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian.
erm.....menarik...
BalasPadam