Salam buat semua. Seperti yang sedia maklum, cuti persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Pada musim inilah keluarga akan mengambil peluang bercuti dan bersiar-siar bersama-sama. Kuantan adalah antara destinasi yang terkenal ketika cuti persekolahan. Antara tarikan yang ada di Kuantan adalah seperti Taman Tema Air Gambang City, Teluk Chempedak, Pantai Sepat, Tanjung Lumpur, pantai Cherating, pantai Batu Hitam, Bandar Kuantan dan Bandar Pekan Bandar Diraja. Selain itu, Kuantan juga terkenal dengan restoran makanan laut yang banyaknya terdapat di Tanjung Lumpur dan sempadan Kemaman.
Bantal Empok Homestay Kuantan ingin mengambil kesempatan untuk menawarkan penginapan yang selesa dan berpatutan kepada anda untuk musim cuti sekolah ini. Walaupun tempahan sudah dibuat seawal bulan April untuk musim cuti sekolah akan datang ini, kami masih mempunyai kekosongan pada hari-hari berikut:
Mei- 28,29,30,31
Jun- 1,2,6,7,8,9,10,11,12.
Jangan lupa membuat tempahan awal untuk mengelakkan daripada tempahan penuh. Kami mengalukan kedatangan anda ke Bantal Empok Homestay Kuantan.
Bantal Empok Homestay Kuantan baru sahaja dibuka pada Januari 2011. Bantal Empok Homestay terletak hanya 7 kilometer dari Bandar Kuantan dan 1 kilometer dari simpang ke Bandar Pekan. Bantal Empok Homestay Kuantan mempunyai 3 bilik tidur,2 bilik mandi,dapur dan ruang tamu,amat sesuai untuk keluarga dan kumpulan. Dengan kadar sewa dari RM70-RM130 satu malam, Bantal Empok Homestay Kuantan pasti dapat memberikan penginapan yang selesa dan berpatutan.
BANTAL EMPOK HOMESTAY
Homestay kami mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang dapur dan ruang tamu serta ruang letak kereta di bahagian luar rumah. Antara kemudahan yang disediakan adalah:
3 katil bujang
1 katil kelamin
tilam
kipas
peti sejuk
meja makan (4 orang)
set pinggan mangkuk & cawan
penghawa dingin (bilik tidur utama sahaja)
tuala mandi- terhad
kelengkapan bilik air
seterika
cerek elektrik
ketuhar gelombang mikro
almari pakaian
televisyen
pembakar roti
Semua perabot dan sebahagian peralatan elektrik yang disediakan adalah baru. Sekitar kawasan homestay, terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual makanan tempatan, khususnya makanan masakan Pahang. Juga terdapat pasaraya dan kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian.
3 katil bujang
1 katil kelamin
tilam
kipas
peti sejuk
meja makan (4 orang)
set pinggan mangkuk & cawan
penghawa dingin (bilik tidur utama sahaja)
tuala mandi- terhad
kelengkapan bilik air
seterika
cerek elektrik
ketuhar gelombang mikro
almari pakaian
televisyen
pembakar roti
Semua perabot dan sebahagian peralatan elektrik yang disediakan adalah baru. Sekitar kawasan homestay, terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual makanan tempatan, khususnya makanan masakan Pahang. Juga terdapat pasaraya dan kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan